Skip to main content

Episod Pengenalan

Untuk episod pengenalan ini, biarlah aku ceritakan siapa diriku. Aku harap, dengan sedikit perkongsian ini, dapat membantu wanita diluar sana untuk jadi lebih kuat.

Live. Laugh. Love.

Berapa ramai antara kita, benar benar hargainya? Ingat tak masa kita belum dewasa, kita selalu mengimpikan hidup seperti dalam drama fairy tale. Berkahwin dengan Putera Raja. Dan, endingnya Happily ever after...Tapi betul ke?

Ini Kisah Hidup Aku.

Aku adalah seorang isteri dan ibu pada 2 orang anak. Dahulunya, aku seorang wanita yang berkerjaya. Aku bangga dengan kerjayaku. Lebih2 lagi dengan gaji yang lumayan aku mampu membeli rumah kondominium diusia 27 tahun . Ibu bapaku juga bangga dengan pencapaianku.

Aku berkahwin agak lewat iaitu diusia 32 tahun. Itupun, setelah puas mak ayah aku bising bertanyakan perihal aku yang masih bujang. Dikenen2 kan aku dengan si teruna di kampung. Bukan aku memilih pasangan. Tapi aku tidak bernasib baik dalam percintaan. Sehinggakan aku sampai ke satu tahap, aku redha sekiranya aku ditakdirkan membujang hingga akhir hayatku.

Tapi percayalah, selagi kita memohon dari yang Maha Esa, In Shaa Allah, DIA akan kabulkan. Begitu jua dengan diriku. Perkenalan ku dengan suami, bermula dari mak ayah kami berdua. Aku pun tak sangka. Tak serius pun. Bersetuju dengan ibu bapaku untuk berkenalan sekadar untuk mengambil hati mereka. Tapi begitulah kisah Jodohku bermula.

Perkenalan kami agak singkat. Suamiku muda 5 tahun dariku. Aku meminta sekiranya dia serius dengan hubungan ini, percepatkanlah. Aku tak ingin buang masa dengan bercinta lama2 tapi belum tentu ke jinjang pelamin. Jadi, hanya beberapa bulan, kami terus mengikat tali pertunangan dan selamat menjadi suami isteri selepas 7 bulan. Awal perkahwinan memang sesuatu yang mengasyik dan membahagiakan. Mungkin 6 bulan pertama itu adalah fasa kebahagiaan yang sebenar dalam perkahwinan. Selebihnya, baru lah aku mengenali siapa suamiku yang sebenarnya.


Bersambung...




Comments